Thursday, November 5, 2009

Banyak Yang menyayangi


PRINSIP BERBLOGGING SAYA:

1)saya mengambil masa yang lama untuk mengarang setiap posting dalam blog saya kerana saya tidak suka copy paste,saya suka karang sendiri..sebab itulah ayat saya tunggang langgang.


2)harap sudi membacanya kerana setiap satu cerita, saya ada selitkan hikmah dalam pelbagai bentuk…walaupun sekecil sindiran…Moga kita ambil manfaat.



Kita ada satu hati sahaja, jika gembira hati itulah,jika bertakwa, hati itulah.jika beriman,hati yang itu juga,jika bercinta hati itu juga, jika terluka hati yang satu itu juga,TERLALU ‘SATU’ untuk banyak perkara..MAKA…


Jagalah hatimu dan hatiku dan orang-orang yang menyayangi….


Kadang-kadang kita tidak tersedar ramai yang menyayangi diri.Kerap kita mencari objek untuk disayangi.Tetapi sebenarnya ramai yang berada di sisi kita yang perlu kita kasihi..

fitrah manusia.


Post ini adalah sebuah travelog.


Travelog dalam mencari insan-insan yang banyak menyayangi.Dalam dugaan menempuh minggu peperiksaan yang berderet..(setiap hari), cerita tentang hidup tidak pernah sekali saya tinggalkan.Kerana bukan semata-mata ini yang saya kejar.Dan bukan saya sahaja.Semua pun harus tahu apa yang dikejar.Dunia atau akhirat.



Betul.Apabila kita merasakan hubungan dengan manusia sangat pedas ibarat memakan cabal, maka hubungan dengan Allah haruslah diperbetulkan. Dan ia berkesan. InshaAllah untuk hari ini dan selama-lamanya.Doakan.


Siapa yang memberi dugaaan kepada saya,yang akhirnya menjadikan pengalaman sebagai guru terbaik?itu adalah Allah.

Siapa yang membantu saya dalam setiap kesusahan ketika saya bersendri-Allah

Siapa yang jaga saya ketika saya sakit hari tu-tiada yang lain-ibu bapa-Ya Allah,perngorbanan mereka yang amat besar kepada hidup mati saya.


Pernahkah insan yang baru saya sayang secara fitrah dan noda mengambil tahu?Tidak kan?Baru saya sedar,saya silap percaturan.Di mana kasih sayang yang harus saya utamakan.Siapa mereka yang benar-benar menyayangi..Allah sahaja yang membalasnya.


<SAHABAT MUSLIMAH SAYANG-ALKENE,ALKYL HALIDE,ESTHER,ETHER,MARKONIKOV,COUPLING REACTION>



Kerana saya pelajar kimia,saya harus betul-betul mahir dalam kimia.Tapi Organic Chem susah..Carry mark yang saya bawa sedikit sahaja.Rasanya setiap markah kuiz tidak sampai separuh pun.


Dasyat.Saya mencuba resepi baru kali ini.Resepi belajar yang baru.Ribuan terima kasih buat sahabat,Izzah,Athirah,Muna,Fatin Diana,Zahirah Jamil,Ain yang banyak membantu.Sepanjang dua minggu peperiksaan, rumah kedua saya adalah rumah Athirah dan rumah Izzah.


Dan untuk subjek dakwah, rumah kedua saya di rumah Fatin Diana. Thanks buat sahabat.



Satu perkara yang amat saya puas apabila berada di rumah korang adalah ketika mana saya merasakan saya seperti berada di rumah.kenapa?Sebab korang tak pernah personal soal makan.

Breakfast adalah wajib dan makan tengah hari juga.Thanks Izah,Athirah dan juga Ain.Sebelum ini,sewaktu bersama roommate saya, saya merasa sedikit tersiksa kerana sering berasa lapar kerana terikut dengan budaya orang luar tidak makan pagi.


Saya berasa ini hadiah yang lumayan buat saya kerana korang melakukan hal yang amat penting.Makan itu nyawa!


TERPERANGKAP DALAM LIF>




Hari yang sangat indah.Indah?Saya bergegas menuju ke lif berdekatan untuk peperiksaan organic chem. petang itu.Jam menunjukkan tepat jam 2 .Sudah kelewatan tetapi ia tidak menjadi masalah kerana saya akan dibonceng Farah. Saya menekan nombor lapan untuk menuju ke rumah Farah.


Lif bergerak seperti biasa.


Ting!Tingkat 8!pintu lif dibuka perlahan,tidak sampai 1 saat,pintu lif hang(berhenti).


Saya tidak membawa handphone.saya tiba-tiba rasa denyutan jantung yang sangat kuat.”YA ALLAH”


Kenapa hari ini?Fikiran saya waktu itu hanyalah..adakah saya akan meninggal hari ini?”adakah saya tidak ditakdirkan untuk tidak menjawab paper kimia hari ini?kenapa hari ini?

Sewaktu berada di dalam lif tersebut,saya sudah merasakan kelemasan.Tiada udara yang masuk..saya terperangkap dalam lif….nak jerit,


tidak ada siapa yang akan dengar.MashaAllah.Saya mengucap panjang.Saya dengan perasaan yang amat takut,menekan-nekan kuat semua butang-butang lif.


Namun tidak berkesan.Ya Allah..selamatkan hambaMu ini.Saya ketuk-ketuk number 8 lagi…Alhamdulillah,lif tiba-tiba bergerak.lif terbuka.Saya menuju rumah Farah..Owh rupanya saya berada di tingkat 9(MASIH DI TINGKAT RUMAH SAYA) benar..rupanya lif tu pun sudah mamai.Adoi,dugaan sebelum tiba paper organic chem..Saya bersyukur..tetapi saya percaya..masih ada yang menyayangi.Allah sayang hambaNya.Allah sayang saya.



ADIK DAN IBU SAYANG-PERCUTIAN MEMBANGKIT KESEDARAN



Cuti ini bakal menjadi cuti penuh pengalaman kerana saya akan berada di sini sehingga 20 november berikutan beberapa sebab.Sedih juga hilang bebrapa hari cuti memandangkan paper exam last saya adalah pada 12 nov..rakan-rakan kos semua dah balik..tinggallah saya bersama bulan dan bintang..eh,bulan bintang kah?



SAHABAT FAIZ AZIZ -PERTEMUAN TERAKHIR senior saya.


Faiz Aziz.Saya gelarkannya sebagai doktor.doktor faiz merangkap seorang sahabat ketika saya memerlukan pertolongan.


Berbalik kepada dr faiz aziz,di awal persahabatan, saya waktu itu berada di semester kedua tahun pertama, kerana beberapa hal yang akhirnya wujud sebuah persahabatan.


Saya amat bersyukur kerana dikurniakan seorang sahabat seperti beliau, kerana sering menolong saya dalam pelbagai hal.



tak kisah dalam bentuk apa-pun.Belliau sangat sudi membantu saya walaupun sering bergaduh disebabkan sikap masing-masing.Saya berdoa agar beliau success..


kalau beliau membaca blog ini,hehee..sile komen ye….dah masukkan gambar yang paling ok la kan?



semoga dapat kerja yang elok,dapat promosi album cinta terindah dan dapat kahwin cepat-cepat ngan tuuuttt..heeee,,kak aa.... ..moga ukhuwah yangh terbina kekal sepanjang hayat..

bukan itu sahaja, kalau boleh kalau ke syurga, bertemu di syurga jika diizin Tuhan.


Saya dan kasih sayang



Kasih sayang ibarat sebuah berlian yang hadir di lubuk hati setiap insan. Menyilaukan mata.Cantik.tp kalau tidak dijaga,ia merbahaya.Akan dicuri nanti.


Saya sering juga bertanya kepada diri, ish..bagaimana nak hilangkan perasaan kasih sayang kepada orang yang tidak sewajarnya oleh sebab ia lahir dari hati.Mungkin berbeza pada setiap orang.






Sahabat saya pernah berkata, kita boleh delete perasaan kasih sayang itu pada seseorang dengan jarak masa.lama-lama kita jadi bersahabat semula.Mungkin itu bagi diri sahabat saya.


Sahabat juga berkata mungkin orang yang kita sayang akan jadi orang yang paling kita benci dan sebaliknya,mungkin itu bagi dia.


Tetapi bagi saya, saya punyai prinsip teguh saya sendiri.Apabila mata hati sudah terbit rasa kasih sayang, saya akan jaga sebaik-baiknya.Saya tidak akan membenarkan rasa kebencian wujud,juga tidak akan mengizinkan rasa kasih itu pudar.


Biarlah sekali dalam seumur hidup wujud rasa itu, saya akan jaga sehingga akhir hayat. Sungguh manusia amat berbeza.Hanya Allah yang boleh membezakan setiap orang melalui nilaian hati sebenar..

Benar,saya akan jaga ....walau ia dirosakkan, ditolak orang kerana dosa, dimusuhi, di pijak2 orang, dibiarkan lalang,namun saya yakin,kudrat saya sebagai peladang....hanya seorang peladang pun..mampu menjaga berekar-ekar ladang yang besar....Hanya Allah yang Tahu.


Kamu tolaklah ia,kamu singkirkan ia dari jiwa kamu, kamu racunkan ia agar musnah..tetapi ketahuilah bahawa saya akan sentiasa menjaganya.saya akan mendidiknya agar sentiasa subur..moga Allah bagi petunjuk dalam memeliharanya.~~~~jiwang pulak pagi-pagi sebegini..


Sebuah kasih itu terbina dalam masa yang lama...untuk mencntaskannya sudah sukar..sebab ia dah ada akar yang kuat....menggennggam semua tumbuhan lain..kalau tercabut ia,perlu usaha yang kuat untuk membina semua ladang hati itu..Moga mengerti segala..

Wallahualam’

Menempuhi paper exam,menempuhi jihad perasaan,menempuhi rasa sakit apabila bertimbun-timbun masalah di kampung,menempuhi kecalaran hati akibat jauh dengan Allah.Moga didekatkan denganNya..kekadang tiada tempat untuk diluahkan.di sini sahaja.


Saat awal kaki melangkah saya khabarkan pada Dia



" Tuhan izinkan aku temui sesuatu saat nanti aku sibuk menyentuh hati-hati hambaMu, jangan biarkan hatiku kosong, aku mohon kekuatan dariMu, hanya kau saja bisa bagi kekuatan luar biasa " Berikan aku sesuatu nanti tuhan, untuk aku lebih kuat dan tabah..INNIAKHOFULLAH.~











Friday, October 30, 2009

Taufik Dan Hidayah


Terdetik hati untuk membuka blog ini semula.

Disebabkan kerana beberapa asbab. sekadar teman-teman baik yang mahu sentiasa membaca.Membaca blog.


Hajat di hati untuk terus menutup blog sehingga buka semester baru,tetapi terasa mahu menekan-nekan keypad pada petang-petang sebegini kerana pagi harinya serta malam dihabiskan dengan buku-buku akademik.begitu juga korang kan??

final exam..

Suapan untuk dunia.Bukan suapan untuk akhiratkah?Mungkin kedua-duanya.

Seorang sahabat saya menerangkan tentang dua kalimah perkataan.Iaitu Taufik dan hidayah.

Saya membuat analogi ini.

Saya klasifikasikan hidayah itu dimiliki oleh pelajar-pelajar USIM.Taufik itu pula dimiliki oleh sesetengah daripada mereka.Mengapa saya berkata begitu?

Sebab definisi setiap satu itu adalah berbeza.

Taufik hidayah ialah petunjuk kepada kebaikan dan kebenaran.

Apabila seseorang mendapat hidayah dia hanya mengetahui tentang sesuatu tanpa melakukannya.Manakala jika seseorang itu mendapat taufik,dia mengetahui tentang sesuatu kebaikan tersebut dan terus melakukannya.Hidayah ibarat cahaya,taufik ibarat jalan.



Jalan yang terus menuju kebenaran.

Sebab itu saya meletakkan analogi tersebut.Mereka sudah diberi jalan.Mereka diletakkan di sebuah universiti penuh tarbiyah bermaksud mereka sudah diberi hidayah.

Hanya sesetengah daripada mereka mendapat taufik..apabila membina jalan akhirat untuk terus ditarbiyah.


Sedarkah kite semua tentang jalan-jalan itu?Maka,carilah sesuatu yang berharga apabila kita diletakkan di dalam mahkamah hidayah yang cukup indah ini.Tiada yang lebih indah daripada apa yang telah Allah tetapkan.


Sesungguhnnya Allah Maha mengetahui.

kenapa Allah swt juga disandarkan TAUFIK DAN HIDAYAH tu?
Sedangkan manusia punya mata dan akal ,
mulut selalu bicarakan"Ihdinassiratalmustaqiim"


Namun mata hati saya buta akan hakikat apa yang dituturkan,maka masih juga manusia kearah yang berpaling jua dari apa yang ada dalam konteks yang diucapkan sendiri;

"Siratallazina an'amta 'alaihim ghairilmaghdhuubi'alaihim waladdhaalliin"


kerana lantaran tidak faham dan tak mahu cari kefahaman yang mendalam citarasa Allah swt.

Maka tidak ke manusia sedar Allah membahasakan



manusia hanya pandai berkata/berdakwah suruh orang itu dan ini sedangkan diri sendiri mereka belum tentu berbuat sendiri apa yang diperintahkan,



bagaimana hidayahnya menyuluh kepada diri,maka bukan tiada hidayah dari Allah swt.tapi dek kerana KEJAHILAN DAN KESOMBONGAN manusia itu sendiri.

pesanan buat diri saya sendiri huh...Adoi pedasnya ungakapan ini!

Astafirullahal'aziim"100x

Astaghfirullaal'aziiim.100x lagi.


Sunday, October 18, 2009

Wonderful Week

Final exam yang semakin menghampiri::::

2 NOV-PHILOSOPHY OF SCIENCE
3 NOV-DAKWAH
4 NOV-ORGANIC CHEMISTRY
5 NOV-LAB ORGANIC CHEMISTRY
6 NOV-ETHICS IN SCIENCE
10 NOV-CREATIVE THINKING
12 NOV-ANALYTICAL CHEMISTRY

jadual yang begitu padat,MashaAllah.bagaimana harus dilalui saat-saat ini.Jadual yang padat tetapi balik awal.

walau bagaimanapun,tetap SAYA tidak balik awal...sedeynye:((

13 NOV-Jemput Ibu dan adik dari Kelantan
13 NOV-25 NOV-Habiskan kedua-kedua lesen kenderaan
15 NOV-Hantar ibu balik Kelate
15 NOV-Pindah barang ke rumah sewa Anggerik
25 NOV-balik ke Kelate bersama adik.

sedeynye....bercuti di Nilai.. bersama pakcik-pakcik Indon dan Bangla..adoi :P

Terbaca sebuah artikel yang MENARIK from Hilal:::

Jom sama-sama membacanya

“Hilal dengan ibu, Hilal dengan ibu sahaja. Kalau nanti anak ibu reject Hilal, dan memang Hilal tak tahu apa anak ibu rasa pada Hilal, Hilal harap, hubungan Hilal dengan ibu macam sekarang juga. Hilal hanya sayang ibu kerana Allah”

Dulu, di Langit Ilahi, saya pernah tulis:

“Kalau cinta kita benar dasarnya adalah iman, maka kalau kita tidak dapat orang yang kita suka, maka rasa sedih kita tidak akan berlarutan. Kerana kita jelas, akan niat dan matlamat, kenapa kita bercinta dengan perempuan itu. Kita bukan bercinta kerana perempuan itu, kita bercinta kerana Allah SWT”

Dulu juga, saya pernah kata pada Allah SWT.

“Apa sahaja yang Kau susun untuk aku, maka aku akan terima dengan redha. Sesungguhnya susunan Kau adalah yang terbaik, dan aku tidak mengetahui apa-apa yang baik untuk aku, selain apa yang Kau susun.”


“Tu la, aku kata kena couple, kena dating, baru berjaya. Kena pandai mengayat, mengorat, baru pasti dapat. Ha, amacam sekarang? Nak tukar style?”

Saya geleng. Kalau Allah bagi saya peluang bercinta lagi, saya masih nak bercinta macam saya bercinta sekarang. Tak dapat perempuan yang saya suka dalam keadaan Allah redha pada saya, itu lebih saya suka dari dapat perempuan yang saya suka dalam keadaan Allah tak redha pada saya. Hidup ni untuk Allah redha dengan kita, maka dalam membina keluarga pun kita perlu jelas akan hal sebegini rupa.

“…serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya” Surah At-Taubah ayat 72.

“Ala, lepas dapat, taubat la”

Em…. Mungkin orang boleh kata demikian. Tapi saya tak rasa saya kahwin untuk diri saya. Saya kahwin untuk anak-anak saya. Sebab itu, saya jaga dari awal. Biar didikan anak saya, bermula semenjak saya mula mencari ibu mereka. Dan saya tidak rasa, akar yang buruk akan menumbuhkan cabang yang cantik.

Ini hanya sekelumit ujian. Bukan yang terbesar, tapi hanya antara yang terbesar dalam hidup saya. Bukan Allah hendak menyusahkan saya, tetapi Dia mahu saya buktikan keimanan saya kepada Dia, dan kata-kata saya kepada semua orang selama ini.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

Dan saya amat yakin, cinta saya tidak putus sebenarnya.

Sebab tiada yang mampu memutuskan tali cinta saya kepada Allah SWT.

Maka ya Allah, perhatikanlah, hambaMu ini, melalui apa yang Kau susun, dengan membuktikan kata-katanya kepada hamba-hambaMu dan Kau ya Allah…

from:LANGIT ILAHI~~~


Friday, October 16, 2009

Mari Mencari



“Adik,bakpo tokse maghi?”kakak bleh amek kat terminal..


”ibu tokse gi”,ibu tokse wi adek gi sorang2..


”Bakpo ibu tokse gi??”


Adikku menjawab,”Ibu tok cekat(tak larat)nak jale jaoh2.”


Darah saya menderu,dah lama saya tidak mendengar perkataan itu.Ibu tak sihatkah?Minda ibu sentiasa segar bugar.Tetapi realiti sebenarnya ibu sangat menderita.Ibu,saya harap ibu sentiasa sihat.Sihat walafiat.


”Kali ini saya rasa ingatan saya kembali berada di mana asal saya.Tersedar seketika bahawa saya mempunyai insan yang paling berharga dalam hidup yang sedang bertungkus-lumus di rumah.Saya terjerat dengan perasaan sendiri.Sesungguhnya,saya rindukan kewujudan saya yang asal.Saya impikan hari-hari muda ibu dan papa.


Jahatnya saya sehingga saya terlupa seketika tentang mereka.Yup,saya terlupa.


Saya dalam pencarian mencari diri kian terlupa jantung berdegup di setiap ketika.saat kritikal


degupannya.sepertinya ia dahagakan sesuatu.saya masih mencari makanan untuknya,apakah?teruskanlah pencarianmu menuju Allah.



Helaian satu muka surat STERUSNYA saya temui setelah ayat seribu dinar dilafazkan.sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat di hati pada waktu ini.

Secara rambang,saya memetik...




Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.



Subhanallah,Allah itu hebat sekali.



SAYA MAHU STUDI,SAYA MAHU JADI PANDAI..SAYA MAHU DAPAT MARKAH TINGGI MACAM ORANG LAIN JUGA.


saya mahu jadi pandai dalam bidang kimia,saya mahu jadi pandai atas jalan raya,saya mahu TAHU dalam bidang agama juga walau saya sangat lemah,saya mahu tahu semua benda..walau kekadang kerap terlupa..


Kekadang saya salahkan diri,mengapa saya dapat markah biase2??

saya jawap balik pada diri..


"YANG PENTING SAYA BELAJAR"

"YANG PENTING SAYA USAHA"

"YANG PENTING SAYA ISTIQAMAH"


Saya mahu jadi diri saya.saya mahu menjadi yang terbaik untuk diri saya.Saya tidak mahu jadi yang terbaik untuk orang lain.BE MYSELF...




SAYA MAHU


p/s:
saya akan mula menetap di rumah sewa Anggerik bernombor PT5726 mulai semester hadapan...
maka dengan itu,saya menjemput dak2 ichemtech dan biotech ke rumah kami awal bulan satu nanti untuk solat hajat dan bace yasin..hu3....tak sabo2 yea..
moga rmahku ini akan jadi syurgaku..hu3.....bye2 desa jati kesayangan....welcome to desa anggerik...



Sunday, October 11, 2009

Saya Perlu


Saya perlu.Terangi hati yang gelap dengan cahaya ilmu. Dengan ilmu kita dapat mengetahui sifat-sifat Allah Yang Maha Sempurna.

Ilmu wahyu akan menerangi hati manakal ilmu dunia akan menerangi kehidupan. Hakikatnya ubat hati ialah ilmu-ilmu yang diambil dari al-Quran.
Itu adalah hakikatnya daripada dalam diri saya.Ilmu.Yup.Ilmu. Untuk memperoleh ilmu,perlu ada usaha yang begitu tinggi. Begitulah hakikatnya.

Tetapi diri saya sudah kehilangan attitude untuk menuntut ilmu.Untuk studi rasa sangat malas, saya rasa amat tidak bermotivated untuk studi buat masa ini.
Sebab saya rasa,saya studi pon, markah macam tu jugak.Btol ke?Apelah saya ini.Putus Asa.Sikap yang dibenci Allah.



Bagaimana untuk beri motivasi dalam diri ini?Saya kepelikan.Kenapa saya seperti sudah tiada matlamat,tiada cita-cita,tiada usaha untuk ke arah kebaikan.Kenapa ye? Hidup ini indah .
Tetapi usaha kehidupan yang bagaimana?Saya kepelikan seketika.Bagaimana untuk meneruskan studi jika tiada mood. Tiada langsung.Nothing dalam diri.


Saya fikir saya perlu dimotivated sepenuhnya.Siapa?bila dan bagaimana untuk saya dimotivated.T iada seorang,tiada sedetik pun perkara yang boleh buat saya naik semangat lagi.saya tidak tahu mengapa.
Apa yang saya perlu buat masa ini?Masih tercari-cari matlamat itu.Kenapa?sebab saya hilang matlamat itu. Sebab itulah saya tiada mood.Biarkan saya.Biarkan saya. Saya masih teringat kata-kata guru memandu saya.

Saya amat menghormati beliau kerana beliau adalah seorang yang hebat.Sebab sebelum ini,beliau adalah seorang yang mengambil jurusan kimia.Yang bekerja di Petronas,dan juga pernah bekerja di BASF PETRONAS Gebeng,Pahang..Beliau mengatakan,



”Kenapa sebenarnya kita takut dalam kehidupan ini?


Senang sahaja....ibarat seseorang pemuda yang memelihara seekor harimau.Kenapa dia tidak takut dengan harimau itu?Kenapa dengan senang dia boleh membelai-belai harimau itu?Sebab.....sebab dia boleh mengawal harimau itu. Seperti kehidupan..mengapa kita takut...mengapa?Sebab kita tidak boleh mengawal kehidupan diri kita.

Kawallah diri kita,supaya kita akan lebih berani.

Bukan takut.
Saya suka perlambangan ini.Sangat suka. Kenapa Tidak Berjuang Untuk Islam Saya terkenang bagaimana para sahabat berjuang.Kenapa?kerana mereka generasi terbaik yang pernah Rasulullah sebutkan dalam sabda baginda,Malah umat ini tidak akan menjadi gemilang selagi tidak mencontohi mereka.

Perjuangan sahabat adalah jelas,,mereka berjuang untuk Islam dan perjuangan kita juga harus jelas.kenapa dan untuk apa kita bertahan hidup.sama ada di negeri orang atau di negeri sendiri.Sekarang,tidak perlu kita bersusah payah memikirkan berjuang untuk apa dan mengubah apa. Sudah tentu semuanya untuk Islam.


Jika kita bertahan hidup untuk sekadar mengisi perut kosongsudah tentu apa yang kita perjuangkan sia-sia.Badan penat,hasil tak seberapa.Namun jika apa yang kita perjuangkan itu untuk Islam,Subhanallah,hasil akhir dan ganjaran tersangatlah jelas.

Wednesday, October 7, 2009

Apabila persahabatan disalahertikan

Bagaimanakah menikmati sebuah keindahan kehidupan jika setiap perbuatan manusia disalahertikan. Setiap daripada kita adalah makhluk Tuhan Yang Esa.Apa itu sebuah kekeliruan. Kekeliruan.Mengapa sebuah kekeliruan itu terjadi.Dek kerana keadaan yang memaksa maka,kekeliruan itu terjadi.


Kekeliruan pertama:


Mengapa harus kite persoalkan tentang fakta sejarah hidup kita yang dah memang tersurat.Umpama menyalahkan takdir. Umpama menyalahkan perjalanan hidup. Umpama menyalahkan biznes Allah. Begitulah semestinya. Sebagai orang Islam, kita amat dilarang menyalahkan takdir dan mudah berputus asa. Org yg sedemikian tidak akan berjaya. Org yg berjaya ialah org yg tidak menyalahkan takdir dan tidak pernah berputus asa. Jatuh bangun perkara biasa bagi kita. Malangnya, ramai di sekeliling kita ini yg enggan untuk bangun sesudah jatuh. Lebih malang lagi kebanyakannya adlah org Islam. Apakah impian kita? Kita mahukan sesuatu yg mudah dan lancar. Buat sekali terus berjaya. Di dalam impian mereka tidak ada sekali pelan rancangan untuk bangun selepas jatuh kerana mereka percaya segalanya akan berjalan lancar. Maka kekallah mereka dalam impian karut tersebut. Atau sepanjang masa hanya hidup di alam mimpi, kerana di alam nyata ni sahabat2, mustahil sesuatu tu akan berjalan lancar, tidak menemui sebarang kegagalan.

Mari kita perhalusi mereka yg berjaya di sekeliling kita. Jangankan 5 kali jatuh , 500 kali jatuh pun mereka masih sanggup untuk bangun bagi kali ke 501. Kerana apa? Kerana memang itulah sahabat2 syarat untuk mencapai kejayaan dalam apa saja bidang.
Kalau kita imbas kembali pejuang-pejuang Islam pada masa lalu, adakah perjuangan mereka lancar tanpa sebarang ujia, dugaan dan kegagalan?
Contoh dan teladan sudah lama berada di depan mata kita. Hanya kita yg buat2 x tahu. Hanya kita perlu mengikutinya sahaja. Juga, contoh dan teladan akibat buruk menyalahkan takdir dan berputus asa sudah lama berada di depan mata kita. Hanya kita perlu menghindari sahaja. Jikalau kita mahu benar2 berubah, insyaAllah ia akan berubah dan menjadi kenyataan.InshaAllah..


Kekeliruan kedua:persahabatan


Mengapa dalam sebuah persahabatan ada kekliruan?Bagaimanakah sebuah persahabatn itu boleh disalah ertikan?Ikhlas pasti wujud jira kita benar2 ingin mewujudkan sebuah persahabatan hanya kerana Allah.Hanya Dia yang tahu di sebalik setiap jiwa seorang insan. Biar orang bercakap,kalau benar-benar betul, sudah saya pohonkah berjuta-juta kali untuk mengelak perkara ini.hanya Dia yang Tahu.Sudah berjuta-juta kali juga diri ini berusaha…,kerana iman tidak kuat.Moga Dia beri hidayah kepada diri.

Sebuah persahabatan itu akan kekal selamanya. Cuma saya fikir saya perlukan semangat dan juga kerjasama yang amat erat,kerjasama yang mantap..supaya membuktikan inilah sebuah persahabatan.Bukan seperti yang dicang-canangkan..Saya ikhlas berlaku sebagai seorang sahabat..mana mungkin pengorbanan ini disalahertikan…apabila pengorbanan ini disalahertikan, saya memerlukan sahabat itu untuk benar-benar ikhlas menerima persahabatan saya bukan mengelakkan diri dari sahabat mereka sendiri.Saya langsung tidak sedih jika anda tidak menghiraukan pengorbanan saya.Saya Cuma akan sedih apabila anda tidak percayakan saya,hormatilah sedikit nilai sahabat dalam diri saya. Anda mengenali saya lebih dari orang lain,bagaimana anda boleh percaya sebaliknya.

Takut?Mengapa perlu takut sedangkan hanya bersahabat.dan hanya ingin mengingatkan,saya tidak akan mudah menerima sewenang-wenangnya manusia sepeti yang dicang-canangkan.Hanya Dia yang Tahu.


Maha suci Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, maha mengetahui segala yang terbaik buat hambaNYA. DariNYA kita didatangkan, kepadaNYA jua kita dipulangkan. Sesungguhnya seorang insan itu adalah sebaik baik ciptaan Allah. Dikurniakan akal dan fikiran yang indah sebagai menyempurnakan ciptaanNYA untuk kita, hambaNYA yang begitu kerdil dan naïf. Maha suci Allah yang lebih mengetahui apakah kedukaaan dan kekecewaan itu adalah kifarah atas kekhilafan kita dimasa lalu mahupun didatangkan ujian yang bermacam itu demi untuk meningkatkan cinta kita padaNYA. Subhanallah. Begitu tertib dan cantik takdir yang diberikan Allah buat setiap hambaNYA.
 

©2009 INNIAKHOFULLAH | by TNB