Followers

Thursday, May 5, 2011

Bomoh Diraja


Sejak kecil lagi (waktu sekolah rendah sampailah sekarang), saya selalu mengikut ibu ke tempat-tempat perubatan tradisional tidak kiralah sama ada dalam kelantan ataupun di negeri-negeri lain.

Memang banyak jugakla berhabis duit untuk 'melancong' ke tempat-tempat sebegitu. Yang peliknya, bukan untuk merawat tetapi untuk menyaksikan. Semua penyaksian itu adalah salah satu cabang ilmu pengetahuan yang agak bernilai pada pandangan saya yang seawal usia ini.Banyak input.

Memang kira, ibu dan papa are the centre of information apabila membabitkan pengalaman yang pelbagai jenis.Saya pula sering menjadi pendengar bisu dan pengomen tetap kalau-kalau ada teknik yang bercanggah dengan syariat Islam. Pasti akan ada percanggahan pendapat serta perbincangan sihat antara kami.

Untuk tahun jan hingga april 2011 ini, saya akan menulis tentang dua buah tempat perubatan tradisional yang sempat kami singgah dan lihat cara perubatannya.

Untuk perhatian : kami hanya melihat, bukan berubat. Kalau sah ikut cara Islam, barulah mula berubat.

Tempat pertama : Sinar Zamdurrani, Alor Setar.


Pertamanya adalah perubatan tradisional Islam Ustaz Syarhan. Siapa yang tidak kenal beliau kan ? Sejak dulu saya menjadi peminat setia buku-bukunya sehingga akhirnya berjaya tiba di tempat perubatannya. Banyak cawangan SINAR Zamdurrani seluruh Malaysia, salah satunya adalah di Alor Setar , Kedah dan tempat inilah yang telah kami jelajahi baru-baru ini.

Ada satu pemandangan yang buat saya begitu hairan. Terdapat replika burung cenderawasih di tempat tersebut. Buat sesiapa yang tidak pernah mendengar nama burung itu, ketahuilah bahawa burung cenderawasih adalah burung kayangan (mengikut pembacaan saya)..ini diceritakan dalam kitab-kitab melayu lama termasuklah tajul muluk.



Untuk makluman, burung ini hanya menetap di awan dan mengeluarkan bau yang sangat
harum meskipun bangkainya.Harganya pula mencecah ratusan ribu dan diperayai boleh diubati sebagai ubat mujarab untuk pelbagai jenis penyakit. Jika berkesempatan, boleh tengok sini untuk tahu lebih lanjut apa itu burung cenderawasih.


Tempat Kedua adalah : Pak Teh, Jeniang Kedah


Pak Teh pula menggunakan kaedah batin.Saya masih mencari-cari kebenaran walaupun sudah 2 kali melawat ke sini. Yang hairannya, setiap kali hari berubat, ramai sakan sampai 1km kereta yang parking. Saya tidak boleh ulas panjang-panjang tentang perubatan ini kerana saya masih mencari-cari kebenaran yang betul-betul kebenaran. Banyak perkara ganjil dalam hidup ini. Kadang-kadang sampai saya rasa "pergh, xmampu aku pikir sumer ni"...

Untuk pengetahuan anda,bomoh ini adalah bomoh diraja kerana pernah merawat Sultan Kedah iaitu Sultan Halim.Percaya atau tidak, saya melihat banyak certificate perubatan Islam di dalam rumah tersebut dan saya lihat sendiri cara perubatan bagaimana pembedahan batin dilakukan.Sungguh ajaib. Tak percaya, lihat sendiri.Mengembaralah...

Kata-kata A.Fuadi :

"Jangan cari kemuliaan di kampung kelahiranmu, sungguh kemuliaan itu ada dalam perantauan usia muda.Mengembaralah mencari pengalaman dan ilmu sepanjang hidup.


Boleh cari sendiri bagaimana perubatan Islam yang dibenarkan dalam Islam dalam kitab Turath dan bertanya kepada masyaikh anda. Saya masih dalam kekeliruan hukum untuk perubatan-perubatan yang telah saya nampak sepanjang hidup saya. Memang senang kalau kita tahu, ok, ini hukumnya HARUS apabila perubatan ini bla.bla. bla. dan ini pula hukumnya HARAM jika perubatan ini bla.bla.bla. Tetapi percayalah, apabila anda sendiri berhadapan dengan situasi seperti saya, anda sukar untuk memilihnya,adakah harus, ataupun haram.
Ada bermacam pendapat dan waqie tempat.

p/s: kenapa saya gelar bomoh ? Fikiran kolot dan konservatif manusia fikir bomoh ini tahyul dan sebagainya. Carilah pengertian bomoh itu apa sebenarnya. Setiap manusia yang mengamalkan perubatan tradisional saya gelarkannya sebagai bomoh. Lihat kamus dewan untuk maksud bomoh.

5 comments:

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor said...

1) Waa.. belajar dengan mengembara tersangatlah bagus.. sangat benar kata anda...Allah dalam ayat 5 surah al-Mulk mmg nyatakan bahawa mmg dijadikan bumi sbg tempat dijelajahi... alangkan Nabi Musa a.s dibawa Nabi Khidir "berjalan2"...alangkan Allah Taala sendiri membawa Nabi "jalan2" ketika peristiwa Isra' Mi'raj...

2) Cenderawasih? I don't think so...http://ms.wikipedia.org/wiki/Burung_Cenderawasih

Bagi ana, sangka baik dengan, anggap dia hanya simpan buat wangian dan perhiasan tanpa ada kepercayaan apa pun.. sedangkan manusia mati pun bertabarruk dengannya manusia sudah berselisih...

3) Menggelarkan bomoh, ok je...

4)Kalau ragu2 dengan satu tempat, tapi memang jadi rawatannya..tinggalkan je... Dunia Allah masih luas untuk kita mengembara... Kalau yakin sesat tapi jadi jugak rawatannya, mmg nyatalah itu adalah wali2 syaitan yg dengan kejayaan mereka sesatlah lebih ramai manusia... dan itu mmg cita2 mereka spt al-Quran nyatakan...

Wallahu'alam

Erma Fatiha said...

syukran umar

kak mas said...

seram

Sukma Bintara said...

belah batin diharamkan oleh sebilangan besar ulama....

Penggunaan belah batin adalah bantuan daripada JIN yang diseru.

Sukma Bintara said...

belah batin diharamkan oleh sebilangan besar ulama....

Penggunaan belah batin adalah bantuan daripada JIN yang diseru.